Wednesday, February 29, 2012

PENGENALAN

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang guru. Dengan memiliki kemahiran tersebut, guru dapat mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan sesuai dengan kecenderungan murid-murid hari ini. Maka dengan itu, salah satu medium dalam menghasilkan dan membina bahan yang menarik adalah dengan mengikuti kursus subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105). Kursus ini memperuntukkan 3 jam kredit (0+3). Bermaksud, kursus ini memerlukan 90 jam interaksi amali antara pelatih dengan pensyarah yang membimbing.

Bagi pelatih yang mengambil kursus major Bahasa Melayu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG), kursus ini akan mereka hadapi semasa di semester 3. Semasa mengikuti kursus ini, pelajar akan memperolehi hasil pembelajaran seperti yang berikut :
1.  Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2.  Memilih bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.  Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4.  Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam Internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. 
6.   Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

No comments:

Post a Comment